Informasi @PTRS

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR, 24 APRIL 2011, Disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-55212283


Program Tuisyen Rakyat Berjaya Beri Manfaat Kepada Pelajar

Wednesday 30 March 2011

SHAH ALAM, 30 Mac – Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang dilaksanakan secara percuma di seluruh negeri Selangor mencapai kejayaan apabila program tersebut banyak membantu mempertingkatkan prestasi dan mutu pelajaran pelajar di negeri ini dengan 8,841 sudah mengikuti program yang bermula sejak 2009.
Daripada jumlah itu seramai 4,333 pelajar adalah bagi 2009 dan 4,508 bagi 2010 menerima manfaat program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam sidang DUN hari ini menjelaskan bahawa PTRS merupakan program tuisyen percuma yang dianjurkan kerajaan negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Katanya, PTRS itu ditawarkan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Selangor dan pelajar yang terlibat adalah berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pencapaian akademik sederhana.
Tambahnya, setiap DUN diperuntukkan seramai 100 pelajar bagi menyertai PTRS tersebut.
“Mekanisma yang dipilih untuk mengukur keberkesanan PTRS adalah berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), keputusan peperiksaan Tingkatan Empat (akhir tahun), ujian prestasi pelajar anjuran PTRS dan keputusan SPM.
“Perubahan sikap yang ditekankan dalam program ini adalah minda positif, matlamat hidup yang jelas, kesedaran rasa tanggungjawab serta  peningkatan mutu penampilan akhlak yang baik,” katanya.
Dr Halimah berkata, segala maklum balas mengenainya diperolehi daripada Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI), guru-guru PTRS, ibu bapa dan penjaga pelajar serta rakan sebaya.
Tambahnya, perbandingan pendaftaran pelajar mengikut tahun 2009, 2010 dan tahun ini mencatakan jumlah yang semakin meningkat dan ini membuktikan PTRS berjaya membantu mutu pendidikan pelajar di negeri ini. -SelangorKini

Read more...

Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR

SHAH ALAM, 30 Mac: Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.
Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.
Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.
Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.
"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).
"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.
"Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.
Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.
"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.
"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.
Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.
Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan. - Harakahdaily

Read more...

Lihat Siaran Langsung Persidangan Dewan Negeri Selangor di TV Selangor

[klik pada imej di atas]

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Kedua Belas Tahun 2011
Tarikh :
28 Mac - 1 April 2011 dan 4 - 5 April 2011
Tarikh : 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi

*Siaran Langsung di http://www.tvselangor.com/ dan Portal Multimedia (Pengguna Rangkaian SUK) **Upacara Pembukaan Persidangan oleh DYMM Sultan Selangor pada jam 8.00 pagi di Bangunan Dewan Negeri Selangor***Untuk mengadakan lawatan semasa persidangan sila hubungi urusetia :
Bahagian Dewan Negeri Selangor 03-55447616 / 7618


Read more...

TARIKH SEKOLAH & SEKOLAH GANTI

Wednesday 23 March 2011

Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Read more...

Keputusan SPM 2010 terbaik dalam masa 4 tahun


PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu.

''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.

Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran.

''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya,

Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya.

Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.

- UTUSAN

Read more...

AKTIVITI PTRS PERINGKAT NEGERI

AKTIVITI PTRS PERINGKAT NEGERI
Lebih 3000 pelajar Tuisyen Rakyat mengikut Bengkel SPM Perdana 2010

Salah satu program sokongan PTRS - Bengkel SPM Perdana Peringkat Negeri Selangor

Sebahagian pelajar lelaki yang mengikut Bengkel SPM Perdana 2010

Bengkel SPM Perdana 2009 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam

Pelancaran PTRS Peringkat Negeri Selangor - Para Pelajar mengambil kesempatan bergambar dengan Dato' Menteri Besar Selangor

Anugerah Pelajar PTRS Cemerlang SPM 2009

AKTIVITI KPMI

AKTIVITI KPMI
Kursus Induksi KPMI 2010 bertempat di Nur Lembah Pangsun, Kuala Langat

KPMI bergambar kenangan bersama YB Exco Pendidikan Negeri Selangor pada Kursus Induksi KPMI

Salah satu modul yang diikuti oleh KPMI pada Kursus Induksi KPMI 2010

Membina rakit beramai-ramai menguji kemahiran dan kerjasama KPMI

Pertandingan berakit berkumpulan menguji daya tahan dan juang KPMI

KPMI turut diuji darisegi kreativiti, keyakinan diri, dan kemahiran berkomunikasi

AKTIVITI PTRS PERINGKAT DUN

AKTIVITI PTRS PERINGKAT DUN
Tuisyen Rakyat bukan sekadar tuisyen malah melatih pelajar berakhlak mulia ke arah Modal Insan Berkualiti

Pelajar tekun mengikuti kelas tuisyen

KPMI DUN Jeram di hari Pelancaran PTRS Peringkat DUN

Tempat Tuisyen yang kondusif menjamin keselesaan pelajar mengikuti kelas tuisyen

Tuisyen Rakyat semakin mendapat tempat di hati masyarakat Selangor

YB Rodziah menyampaikan anugerah pelajar terbaik DUN Batu Tiga sempena Majlis Penutupan PTRS 2009 peringkat DUN

Back to TOP