Informasi @PTRS
PTRS @HULU BERNAM
PTRS @PELABUHAN KLANG
PARENTING PTRS @MORIB
Program Tuisyen Rakyat Berjaya Beri Manfaat Kepada Pelajar
Wednesday, 30 March 2011
Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR
Lihat Siaran Langsung Persidangan Dewan Negeri Selangor di TV Selangor
Tarikh : 28 Mac - 1 April 2011 dan 4 - 5 April 2011
Tarikh : 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
*Siaran Langsung di http://www.tvselangor.com/ dan Portal Multimedia (Pengguna Rangkaian SUK) **Upacara Pembukaan Persidangan oleh DYMM Sultan Selangor pada jam 8.00 pagi di Bangunan Dewan Negeri Selangor***Untuk mengadakan lawatan semasa persidangan sila hubungi urusetia :
Keputusan SPM 2010 terbaik dalam masa 4 tahun
PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.
''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu.
''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.
Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran.
''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya,
Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.
''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.
Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.
''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya.
Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.
- UTUSAN
GAMBAR DI SEKITAR PELANCARAN PTRS DUN MERU
Monday, 28 February 2011
Dun Meru melangkah lebih awal pada 2011 dengan memulakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dengan mengadakan Pelancaran PTRS dan Majlis Motivasi Pelajar bersama ibubapa di Dewan Hambali Meru. Pelancaran ini telah diadakan pada 27 Februari 2011 yang lalu. Seramai 100 pelajar telah mengambil bahagian dengan disertai ibubapa mereka.
ADUN Meru, Yb Dr Hj Abd Rani bin Osman telah sudi merasmikan majlis ini dan beliau telah menyarankan semua pihak mengambil peluang terbaik melalui program ini yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Melalui motivator Ustazah Haslina, Pelajar dan ibubapa diberikan teknik dan resepi kejayaan dalam pendidikan yang diberkati Allah swt. dan ibubapa amanahkan untuk menjaga dan memantau aktiviti anak mereka sentiasa. Pengarah program, KPMI Baharom bin Basiron dan barisan AJK dari JKKK Kg Meru akan bersama mengendalikan PTRS ini bermula bulan Mac hinga Oktober 2011. Harapan pencapaian keputusan SPM 2011 akan lebih baik dan cemerlang dengan usaha yang bersungguh dari pelajar dan penyelaras PTRS.
Sebarang pertanyaan berkenaan PTRS DUN MERU Sila hubungi Encik Baharom - 017-3255382
Lawati : Blog Pusat Kihdmat DUN Meru [Klik] Read more...
Daftar Segera
Tuesday, 22 February 2011
PELANCARAN PTRS DUN MERU 27 FEBRUARI 2011
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru akan melancarkan PTRS dan akan mengadakan program Motivasi keibubapaan sempena Program Tuisyen Rakyat Selangor 2011 sepertimana berikut: