Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) merupakan sebuah program yang diwujudkan sebagai bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan percuma khusus untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
PTRS dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor yang melibat 56 kawasan (DUN) di Negeri Selangor.
PTRS membantu pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan/isi rumah sama atau bawah RM1500.00.
PTRS membantu pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan sederhana/lemah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam SPM.
Matapelajaran yang ditawarkan seperti berikut: -Bahasa Melayu -Bahasa Inggeris -Matematik -Sejarah
Untuk keterangan lanjut sila hubungi: - Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. -03-5521 2283 (Cik Aiza)
0 comments:
Post a Comment